Monday, September 20, 2010

Monolog Hati Seorang Wanita

Dari kaca matamu, mungkin aku kelihatan sekeras pohon kayu tua.
Andai mampu kau lihat dibalik balutan kulit yang menebal itu;
Akan kau lihat betapa rapuhnya isi kayu pohon yang kau anggap tua itu.

Sememangnya aku berdiri bagai pohon kayu tua.
Sudah lama aku berdiri di situ;
Dengan penuh harapan, aku menanti jika ada yang sudi berhenti di hadapanku.
Inginku untuk diamati, inginku untuk dihargai.

Andai ada insan yang punya keberanian,
Aku ingin sentiasa ditemani, juga ingin disirami dengan titis-titis kasih,
Berputik dari rindu dan kasih kerana dibajai sayang.
Biarpun berselirat tebal akar yang membenarkan aku tegak berdiri,
Ia makin dilitupi dengan dedaun kering,
Yang gugur dari reranting ditubuhku.

Dongak seketika ke atas dan bayangkanlah perasaanku,
Kerana pernah satu ketika ia penuh dengan rimbunan daun yang menghijau;
Dan setiap helai daun itu adalah sayangku, kasihku, cintaku.

Biarpun aku kini sepi,
Syukur aku masih punya memori dan masih berdiri,
Kerana aku perlu terus menanti.

***********
Nukilan ikhlas penulis, Makiko S



2 comments:

Dee... kenapa tak update blog u nie... hr2 tgk takder update pon.. hahaha

as salam..
oh..betul tu~ janji, hidup kita diredhai-Nya.
ameen..

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails