Sunday, March 7, 2010

Sireh dan Perkahwinan Masyarakat Melayu

This entry is written in Malay. Please use the google translator widget on this page, if you wish to read it in English (or your local language)

Saya berkesempatan untuk menjengah sebentar di GB untuk membaca entri-entri baru petang tadi, selepas pulang dari salon. Selalunya di hari minggu, 'volume' entri dari Blogger tempatan lebih banyak berbanding hari-hari biasa. Sedang seronok membaca entri dari pelbagai sumber, saya tertarik dengan satu entri yang terpapar, Fakta atau Hanya Sekadar Mitos??? Yang menarik hati ialah 'thumbnail' untuk entri tersebut. 

Hendak memuaskan hati, saya "KLIK" terus pada tajuk entri. Semasa membaca entri tersebut, ketawa seketika hati ini. Mungkin lebih ramai yang tidak tahu berkenaan "cakap-cakap" orang tua berkenaan Tepak Sireh atau Sireh Junjung, yang lebih sinonim dengan hantaran (atau bekas) di dalam istiadat perkahwinan orang Melayu. Suka saya bila mengetahui tuan empunya blog, Cik Afnie Roslan, juga baru mengetahui yang orang tua-tua cakap, "kalau mahu cepat bertemu jodoh, makanlah sireh dari sirih hantaran orang kahwin". (Di mana kebenarannya, kena lah cuba sendiri. Pernah juga makan, tapi mungkin sebab tak dapat habiskan semua, jadi tak berkesan pada saya.)

(Gambar sebelah menunjukkan hasil air tangan saya & ibu. Dihantar kepada pihak perempuan semasa rombongan meminang sepupu 2 tahun lalu)

Sireh merupakan barangan wajib yang perlu ada dalam upacara perkahwinan masyarakat Melayu. Walaupun di zaman moden sekarang kita dapat melihat banyak perubahan berlaku pada barangan yang dibuat hantaran perkahwinan (atau hantaran pertunangan), kita masih dapat melihat tepak sireh atau sireh junjung di antara dulang-dulang hantaran. 

Apa signifikasinya sireh dalam masyarakat Melayu? Daun sireh sememangnya mempunyai pelbagai kegunaan dan kebaikan, dalam kehidupan seharian. Mungkin kita yang lahir di zaman serba moden ini kurang didedahkan dengan penggunaan sireh dalam kehidupan. Oleh kerana sinonim dengan cara kehidupan orang Melayu sejak zaman dahulu, maka kehadiran sireh adalah dikatakan sebagai penyeri upacara tradisi orang-orang Melayu. 

Daun sireh mempunyai banyak fungsi perubatan dan ia digunakan bagi membersih dan menyembuhkan banyak jenis penyakit, terutamanya yang berkaitan dengan perihal dalaman wanita. Selain daun sireh, gabungan sireh, kapur makan, gambir dan pinang adalah sinonim dengan budaya bermasyarakat orang Melayu. Cuba tanyak atuk-nenek tentang budaya makan sireh.

Pun begitu, budaya makan sireh jika disalah ajar boleh mengakibatkan ketagihan. Kalau nak rasa MABUK, sila lah makan sireh! Maksud saya bukanlah makan daun sireh sehelai, terus khayal dan hilang pertimbangan. Magisnya ramuan budaya makan sireh adalah campuran kapur, gambir dan buah pinang yang dibalut sehelai daun sireh dan dikunyah oleh si pemakannya. Lebih lama dikunyah, lebih banyak tindakan kimia terhasil. Bukan mulut sahaja bertukar merah, mata pun boleh merah juga.

Oleh kerana budaya makan sireh mungkin sudah tidak dipraktikkan lagi oleh masyarakat Melayu kini, khususnya golongan muda, saya terpanggil untuk bertanya kepada diri sendiri apakah masih relevan untuk menghantar gubahan sireh junjung atau tepak sireh kepada pihak wanita dalam sesebuah perkahwinan? 

Biarpun tidak nampak relevannya, saya masih berbangga kerana golongan muda masih menghormati keistimewaan budaya Melayu dengan memberikan tempat yang penting kepada sireh junjung bila mana membuat keputusan berkenaan hantaran perkahwinan. 

Saya terpanggil juga untuk bertanya soalan ini, kalau budaya makan sireh sudah 'hampir' tidak wujud, apa terjadi kepada gubahan sireh junjung tersebut? Hampir kesemua dulang hantaran berisi barangan yang akan dipakai atau boleh dijamu makan kepada orang lain, kecuali sireh junjung. Sayangnya kalau gubahan tersebut dibuang sahaja kerana tidak ada orang yang tahu untuk memanfaatkannya.

Dari membuang isi gubahan sireh junjung, saya rasa lebih baik diambil daun sireh, kapur dan buah pinang dan disimpan untuk kegunaan peribadi. Contoh penggunaan yang paling mudah:- 

Kalau tercedera malam pertama, ambil sahaja daun sireh dan ramas ke dalam air mandian. Guna air mandian tersebut untuk mencuci. (Daun sireh sangat baik untuk luka dibahagian sulit wanita)
Jadi tidaklah membazir, bayar beratus ringgit untuk gubahan sireh junjung tu (",)

PS. Terima kasih pada Cik Afnie kerana entri anda telah memberikan idea untuk saya menulis kali ini.









2 comments:

huhu...betol gak tuh. selalu gak tertanya2 kenapa kena bawak tepak sirih tuh time orang kawen. tapi cam xde orang tau je sebab ape. so da jadik cam adat orang melayu plak kena bawak tepak sirih tuh. tapi still xde orang lupa tentang adat nih kan? :)

woww..impress...tp btl la...skang kan ada hygine wash yg berasaskan daun sirih....x terpkir pun nk buat sndri....nnti bl dah dpt dari pihak laki leh la buat....bila tu jgn d tanya...nk kn mkn sirih dulu la jwbnya....huhuhu

thanks again 4 promoting me n the link...hehhehehe....another knowledge dapat ari ni....

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails